bantuan elektrik prihatin Bantuan Elektrik Prihatin: Nikmati Elektrik Percuma Dari April – Jun 2020


Kerajaan hari ini telah mengumumkan Bantuan Elektrik Prihatin yang akan memanfaatkan lebih 4 juta pengguna domestik di seluruh Malaysia.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Melalui bantuan ini, mana-mana pengguna dengan bil elektrik RM77 ke bawah akan menikmati bil elektrik percuma dari April hingga Jun 2020.

Bantuan ini merupakan bantuan tambahan kepada diskaun bil elektrik yang diumumkan sebelum ini.

Selain itu, kerajaan turut menyediakan diskaun tambahan 8% kepada pengguna elektrik dalam blok tarif di antara 601-900kWj dengan bil elektrik di antara RM232.35 hingga RM395.60.

Dengan ini pengguna bakal menikmati diskaun 10% berbanding 2% sebelum ini

Jumlah pengguna yang terlibat ialah seramai 916,000 orang atau 12% daripada keseluruhan pengguna domestik.

Menariknya lagi, TNB bersetuju untuk menunda kesemua aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020 untuk memberi ruang kepada mereka yang menghadapi masalah kewangan ketika menghadapi musim COVID-19 ini.

Berita lanjut tentang semakan bantuan prihatin elektrik akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Credit to : semakan online

Newest
Previous
Next Post »